Kuching, www.meldanewsonline.id- 4 April 2025 Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata telah menerima kunjungan hormat daripada, Irjen Pol. Pipit Rismanto, Kapolda Kalbar Indonesia di Bilik Tetamu Pesuruhjaya Polis Sarawak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengukuhkan jalinan hubungan dua hala dan silaturahim yang telah sekian lama terjalin antara PDRM Sarawak dan Kapolda Kalbar Indonesia. Dalam pertemuan ini juga turut membincangkan tentang isu-isu keselamatan serta turut bertukar pandangan dan pendapat berkenaan isu-isu semasa secara tidak langsung, terutamanya berkenaan persempadanan dan isu berkaitan jenayah rentas sempadan melibatkan kedua-dua belah negara.
Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Tuan Saifullizan Ishak, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Lim San Aik, Ketua Cawangan Khas Sarawak, SAC Mohd Taufik Toh Abdullah dan Ketua-Ketua Jabatan IPK Sarawak serta Deligasi Kapolda Kalbar Indonesia.
(JM)
0 Komentar